Rumi Booster Untuk Haiwan Ruminan (25KG)

Rumi Booster Untuk Haiwan Ruminan (25KG)

Category: Makanan Lembu

Specifications
SKU
Rumi Booster
Details

Rumi Booster SP Berkat

Rumi Booster SP Berkat merupakan supplement yang berkualiti premium dan diformulasi khas untuk haiwan ruminan. Booster ini dihasilkan dalam bentuk pelet/ ketulan keras dengan saiz, garis pusat 4 mm dan panjang 2-3 cm.

Ia mengandungi pelbagai khasiat yang khusus untuk membantu tumbesaran lembu dan memastikan kesihatan lembu anda sentiasa dalam keadaan yang terbaik. Antara kandungan utamanya adalah, PKE, dedak padi, kulit koko/makanan, sekam padi, molasess, garam dan urea.


Fungsi Rumi Booster
  1. Menyokong kesihatan usus dan merangsang rembesan enzim untuk memudahkan proses penghadaman makanan.
  2. Membantu penyerapan nutrien dalam saluran gastrousus dengan maksimum.
  3. Meningkatkan imuniti dan mengurangkan kadar jangkitan penyakit
  4. Membantu dalam pertumbuhan otot dan penguraian
  5. Mengurangkan kepekatan kortisol serum dan mengurangkan kesan negatif akibat tekanan; suhu, kelembapan, makanan bernutrien rendah dan tempat kurungan.
  6. Mengaktifkan reseptor insulin dan meningkatkan pengambilan glukosa bagi membekalkan lebih banyak tenaga untuk fungsi selular.
  7. Meningkatkan penambahan berat badan dan kecekapan makanan.


Cadangan Pemakanan:
3KG / ekor / hari selama 28~35 hari untuk lembu / kambing.


Penyimpanan:
Simpan di kawasan yang kering dan pastikan anda mengambil langkah berjaga-jaga untuk mengelak dari serangan haiwan perosak. Jauhi dari kanak-kanak.


 

View more about Rumi Booster Untuk Haiwan Ruminan (25KG) on main site